Sunday, March 29, 2009

++jambu++muda++cantik++

hari ni aku nak bcrita pasal tajuk entry ni
msti korang tertanya-tanya apasal lak segala macam buah-buahan ni masuk dalam
entry kali ni. let me tell u guys abt this. sebenarnya ni sume gelaran yg aku dapat daripada org sekelilingku.

++jambu++

hari rabu beberapa minggu yg lepas, sebelah petang diadakan hari kokurikulum.
so aku handle ko-badminton. seperti biasa aku cuma mengawal keadaan kelas memandangkan ada guru-guru wanita yg handle di hadapan kelas mengajar sedikit teori cmne nk main badminton (cm kuliah jer). budak2 form six pown majoriti join kelab ni tak tau la nape. then sedang aku melihat budak2 lain bermain sepak takraw, aku didekati oleh seorang student form six (its a guy)

studen: nama cikgu inra kn?
aku: ya (jwpan ringkas)
studen:umo cikgu berapa ya?
aku: kamu agak...
studen:hehe..macam 18 tahun jer
aku:takla,masuk 24 (taula muka aku ni baby face)
studen: cikgu asal dari sarawak ker?(sambil kenyit mata pd rakannya mengajak join perbualan
kami)
aku: tak, saya dari sabah
studen:ooo..sy ingat cikgu dari sarawak. muke cikgu macam anding AF tu
aku:tersenyum riang
studen:ooo..org sabah..patutla muka JAMBU!
aku:hanya tersenyum(tak tau nk react cmner)

adoi..time tu aku cm nk tergelak jer. adakah patut sorg pljr cakap kt cikgu dia muka jambu.
no further coment on tht..huhu

++muda++

setiap petang kami guru2 praktikal dikerah untuk membuat corak kerawang pada syiling dewan terbuka sekolah. so kami pown dgn gigihnya mengecat n melukis apa yg patut tuk mengindahkan dewan tersebut. sedang sumer geng2 aku ke toilet membasuh tangan n tinggallah aku ksorg kt dewan tu. aku didatangi oleh seorg pak guard india

guard:kamu yg buat corak ini ya?
aku:ya (diam n blank)
guard:kamu kene lukis seluruh dewan ini ka?
aku:mcm tula nampaknya(smbil memerhati lukisan yg dah siap)
guard:kamu studen di sini?tingkatan berapa?
aku:....blank...(tak tau nk ckp o mengiaka aje)
....tak saya guru praktikal di sini
guard: o yaka...

emm..taula fizikal aku ni cam student sampai pak guard ingat aku ni student.
lawak tul...aku dah nk jadi cikgu la...huhu


++cantik++

bebarapa minggu lepas di KHAR diadakan debat piala naib canselor. so aku sempatla jadi hakim tuk pusingan saringan dari pusingan 1 sampai 5. so bukanla nk riak, aku tak taula dgn budak2 debat ni suka sangat gelarkan aku dengan gelaran YDP YG CANTIK! bayangkan di kelima-lima sidang mesti ada antara team yg lawan akan cakan dialog ni

pendebat: terimakasih tuan yg dipertua yg cukup cantik pada hari ini.

aku hanya tersenyum dengar pujian ni ataupun sebaliknya. tapi aku anggap ini hanya gurauan dan hiburan semata-mata. actually, gelaran begini sudah kualami sejak debat antara universiti sebenarnya. masa debat NC tu,kadang masa nk umumkan keputusan atau latihan debat pn boleh pulak budak2 debat ni jadikan 'kecantikan' aku sebagai topik tuk dorg berdebat..nakal sungguh dorg ni.antara dialog yg aku ingat:

zack: aku taula abg inra lagi cantik kalau dibandingakan dengan aku.
syiera: abg inra..cantiknyer..
abu:abg inra mmg cantik..bole jer pakai kasut tinggi, msti lagi cantik daripada zack (zack ni gurlz)

inilah gelaran2 yg aku dapat buat masa ni.hehe..aku hapy dgn gelaran ni sebab aku tak amek port sgt.just 4 fun n le eratkan silaturrahim

cheers

corEtan biCara

bila begini
aku rindu teman-tamanku yang dulu
entahla
semakin kita menginjak dewasa
semakin kita mengenal hati budi
semakin itu jua jurang tercipta
luas dan makin melebar
tapi
sampai bila

Tuesday, March 24, 2009

lEwat laGi

ini merupakan rakan-rakan karib aku skrng yg same2 bpraktikum di smk bidor

hari ni buat kali ketiga tuk hari berderet-deret aku bangun lewat lagi
adui kul6.32 pagi baru terjaga dari lena. aku bangun n kejutkan datu kt bilik sebelah. dus budak ni still tebongkang gak. 'datu, bangun dah kul 6.30' aku kejutkan budak sorang ni. apa lagi mcm lipas kudung la jadinya lari2 anak ke bilik air n mandi ala carte je. besiap. minum susu. blah g skula.
kepenatan seharian di sekolah balik kul2 petang dan kembali semula kul3.30 tuk melukis mural, rutin setiap hari skarang ni membuatkan jadual rutin yg terpaksa diubah. myB sebab hal ni jg aku selalu penat dan macam tak cukup tangan j. then again, aku, datu n ain sekarang kena hendle budak koral speking lagi, so bertambah-tambahla tugasan yg kena dicerna oleh lelah dan tenaga. Tuhan tolonglah kuatkn hamba-Mu yg seringkali mengeluh ini. tapi aku fikir positif jer sebab tinggal sebulan j lagi tuk berkhidmat dari sekolah n le r angkat kaki pas ni. jap g aku sambung ade kelas ni.

cheers!


Monday, March 23, 2009

seKalunG taHniah bUat pasukan KHAR

tahnian buat pendebat muda KHAR.
sekali lagi KHAR berjaya menjulang pilan NC ini.
tahniah buat hafez, baihaqi dan aini.
anda membuktikan kekuatan pasukan ialah bila kita bersatu.
syabas juga kepada pasukan KZ, semangat juang anda juga wajar diberi kredit.
bukan mudah untuk lepas ke pentas perdana.
penganjuran debat NC kali ini juga patut diberi penghargaan kerana tulang belakang kelab ini tetap bersatu hati dan bertungkus lumus untuk memastikan keberjayaan penganjuran. tahniah buat bib n kaza dan anak2 buahnya.
walaupun tidak berada dalam majlis pentas perdana tapi aku jua turut berasa bahangnya kerana terlibat dari awal sesi saringan pusingan1-pusingan5.
aku pasti pentas perdana akan meriah dengan adanya YDP Kazarudin yg seringkali dipanggil comel (betulker..hahah jgn marah kaza)
well, apepown salam tahniah untuk adik2 debat yg sentiasa aku kenang dalam ingatan dan sanubari. kerana kalian mengingatkan aku kepada zaman keemasan team sabah yg menjuarai banyak debat dalaman UPSi (inra, bibah n datu) n team x-perimen yg menjadi dan kontroversi (inra, datu n kaza)
huhuhu..
tahniah buat semua!

Sunday, March 22, 2009

waNna Be











iSnin yaNg mEmboSankan


tak tau la nape hari ni aku sangat malas nk datang sekolah.
bangun pagi tadi pown datu yg kejutkan. biase aku bangun sendiri. mungkin penat sangat kot.
emm..sangat boring..
paling best masa perhimpunan aku asek menguap jer. adala kot sampai lima kali.huhu
tak taula studen cakap ape tgk aku balik2 menguap.
tapi mmg aku bosan n tak semangat jer datang sekolah ni
masa...cepatlah beranjak..

kisahnya, aku mengajar mcm biase kt kelas 4 Anggun ni. situasi die camnia lebih kurang.

aku : ok, kalau nk tulis surat rasmi kene ikut format yg betul. pertama sekali ape yg perlu kamu tulis?
pljr : alamat pengirim, cikgu.
aku : bagus..lagi selepas tu?
pljr : (mcm2la jawapan yg diorang bagi)
tiba-tiba, sorg pljr bkata dgn member die,
pljr A : baik pulak cikgu hari ni.
pljr B : a ah' la..

persoalannya, aku jahat sgt ke sebelum ni..
or tragedi sebelum cuti yg aku amuk kelas 4Anggun ni dengan membaling meja ke depan kelas, ala2 HULK j aku menganas. then aku bagi amukan pekej sekali dengan leteran mak nenek. berasap jugak la telinga diorg. sape suru hangpa p jolok sarang tebuan kan dah kena dengan ratu lebah. padan muka!
hahaha..saja aku nk bt gimik kt studen ni biar diorg tau aku bukan org sebarangan.

paling penting aku nk studen aku ni sedar akan kepentingan ilmu n how 2 respect others.

taHniah kepaDa sumer Pendebat


syabas dan tahniah abg ucpkan kepada smua yg telah memeriahkan pertandingan debat piala NC kali ini.
tak sangka adk2 jr sememangnya berbakat besar. sedih tak dapat join sampai final hanya doa dan nasihat yg sampai abg kirim buat semua.
kepada kumpulan baihaqi, hafez n aini tahniah buat anda.
begitu juga kepada team radzi. faizal dan kadir.
buat yg terbaik tuk final malam ni.
salam sanggar debat...

Saturday, March 21, 2009

seLaMat mAju jaya kPd penDebaT muDa UPSI

hari ini akan berlangsung debat piala naib canselor upsi utk kesekian kalinya. jikalau dulu KHAR yg menjulang piala ini, kolej mana pula yg akan merebut piala ini.
well, aku juga terlibat secara langsung dalam pengendalian pertandingan ini dan rasanya ketiadaan senior2 debat sedikit terasa apatah lagi dalam memastikan kelancaran aktiviti ini.
pada hemat aku, pendebat2 muda upsi memiliki peluang yang cukup cerah untuk mewarnai arena debat IPTA cuma barangkali sedikit terikat tangan mereka kerana masih lagi tercari2 identiti diri untuk berdebat.

well, kepada sumer pendebat abg nk bagi nasihat ni: jgn terlalu terikat dgn cara berdebat senior, contohi kemahiran mereka bukan cara mereka berdebat kerana kita khuatir sindrom ini yg banyak berlaku kpd pendebat seluruh ipt. krisis identiti! fuh, agak kasar tapi itu realiti.

malam ini selepas isyak pusingan satu dan dua akan berlangsung. aku sedikit frust kerana tidak dapat mengikuti debat ini sepenuh masa kerana ada komitmen dengan sekolah.kalaula boleh cuti nak aja aku cuti.


so, kepada sumer pendebat selamat maju jaya dan tunjukkan kebolehan anda. yg pasti aku akan menjadi hakim yg telus tanpa memihak mana2 pihak. bagaimanapun, penghakiman aku tidaklah terlalu rigid dan skema (wah tips ni) sebab aku mengerti kebanyakan yg join debat ni sumer adik2 yg baru belajar. aku jua pernah merasa situasi yg sama, yg penting usaha.jadi, i really hope u can prove that u can do much better. :-p

Thursday, March 19, 2009

life is like what u want!

saja letak pic ni to introduce kt korg..huhu

seLamat bercuti bUat yg Cuti

minggu ni dah start cuti sekolah
so as usual utk anak perantau can aku ni takla balik ke kg
sbb kg halaman aku jaun nun di sabah sana.
well aku n my housemate non other the one n only c datu pown turunla ke KHAR
tuk jumpe dgn adk2 jr.
4sure aku rindu dgn sume kkwan n especially skng dah ramai yg
bertempiaran di seluruh malaysia menjalani praktikum.
apepn jmpe dgn adk2 jg sedikit mengubat rindu itu, thank guys : gapur, kaza, muz, azmi, bib, n adik2 pendebat yg kusyg sumer.
kebetulan kelab debat upsi akan buat DEBAT PIALA NAIB CANSELOR so kami pown
dapatlah gak melepaskan rindu n gian berdebat. atlst tgk adk2 yg punya bakat n minat nk berdebat ni dapatlah mengimbau memori dulu2,nampaknya org2 kuat kelab debat skrg ni semakin gigih mengatur langkah tuk make this debat happening..go guys!tahnian buat bib n kaza..teruskan perjuangan wahai adik2 ku..

cheers

kelahiran baru

blog ini baru sahaja dilahirkan
so dalam usaha to coloured it more..