Sunday, March 29, 2009

++jambu++muda++cantik++

hari ni aku nak bcrita pasal tajuk entry ni
msti korang tertanya-tanya apasal lak segala macam buah-buahan ni masuk dalam
entry kali ni. let me tell u guys abt this. sebenarnya ni sume gelaran yg aku dapat daripada org sekelilingku.

++jambu++

hari rabu beberapa minggu yg lepas, sebelah petang diadakan hari kokurikulum.
so aku handle ko-badminton. seperti biasa aku cuma mengawal keadaan kelas memandangkan ada guru-guru wanita yg handle di hadapan kelas mengajar sedikit teori cmne nk main badminton (cm kuliah jer). budak2 form six pown majoriti join kelab ni tak tau la nape. then sedang aku melihat budak2 lain bermain sepak takraw, aku didekati oleh seorang student form six (its a guy)

studen: nama cikgu inra kn?
aku: ya (jwpan ringkas)
studen:umo cikgu berapa ya?
aku: kamu agak...
studen:hehe..macam 18 tahun jer
aku:takla,masuk 24 (taula muka aku ni baby face)
studen: cikgu asal dari sarawak ker?(sambil kenyit mata pd rakannya mengajak join perbualan
kami)
aku: tak, saya dari sabah
studen:ooo..sy ingat cikgu dari sarawak. muke cikgu macam anding AF tu
aku:tersenyum riang
studen:ooo..org sabah..patutla muka JAMBU!
aku:hanya tersenyum(tak tau nk react cmner)

adoi..time tu aku cm nk tergelak jer. adakah patut sorg pljr cakap kt cikgu dia muka jambu.
no further coment on tht..huhu

++muda++

setiap petang kami guru2 praktikal dikerah untuk membuat corak kerawang pada syiling dewan terbuka sekolah. so kami pown dgn gigihnya mengecat n melukis apa yg patut tuk mengindahkan dewan tersebut. sedang sumer geng2 aku ke toilet membasuh tangan n tinggallah aku ksorg kt dewan tu. aku didatangi oleh seorg pak guard india

guard:kamu yg buat corak ini ya?
aku:ya (diam n blank)
guard:kamu kene lukis seluruh dewan ini ka?
aku:mcm tula nampaknya(smbil memerhati lukisan yg dah siap)
guard:kamu studen di sini?tingkatan berapa?
aku:....blank...(tak tau nk ckp o mengiaka aje)
....tak saya guru praktikal di sini
guard: o yaka...

emm..taula fizikal aku ni cam student sampai pak guard ingat aku ni student.
lawak tul...aku dah nk jadi cikgu la...huhu


++cantik++

bebarapa minggu lepas di KHAR diadakan debat piala naib canselor. so aku sempatla jadi hakim tuk pusingan saringan dari pusingan 1 sampai 5. so bukanla nk riak, aku tak taula dgn budak2 debat ni suka sangat gelarkan aku dengan gelaran YDP YG CANTIK! bayangkan di kelima-lima sidang mesti ada antara team yg lawan akan cakan dialog ni

pendebat: terimakasih tuan yg dipertua yg cukup cantik pada hari ini.

aku hanya tersenyum dengar pujian ni ataupun sebaliknya. tapi aku anggap ini hanya gurauan dan hiburan semata-mata. actually, gelaran begini sudah kualami sejak debat antara universiti sebenarnya. masa debat NC tu,kadang masa nk umumkan keputusan atau latihan debat pn boleh pulak budak2 debat ni jadikan 'kecantikan' aku sebagai topik tuk dorg berdebat..nakal sungguh dorg ni.antara dialog yg aku ingat:

zack: aku taula abg inra lagi cantik kalau dibandingakan dengan aku.
syiera: abg inra..cantiknyer..
abu:abg inra mmg cantik..bole jer pakai kasut tinggi, msti lagi cantik daripada zack (zack ni gurlz)

inilah gelaran2 yg aku dapat buat masa ni.hehe..aku hapy dgn gelaran ni sebab aku tak amek port sgt.just 4 fun n le eratkan silaturrahim

cheers

3 comments:

  1. Kesimpulanya

    Ngko ni perasan

    hehe:)
    jgn marah, kawan

    ReplyDelete
  2. nadia, ini fact n realiti
    bukan fantasi..
    dont blame me..
    huhu

    ReplyDelete